Sunday, 9 December 2012

2.2 Employee Learning And Development (ELD)

Employee Learning And Development (ELD)


Pada pendapat saya, sistem ELD adalah satu sistem yang sangat komprehensif terhadap pembangunan pekerja dan kakitangan industri. Ia adalah satu sistem yang sangat lengkap kerana sistem ELD ini mempunyai ciri-ciri seperti menganalisis pembangunan kerjaya pekerja. Ia sabagai satu ciri yang terbaik untuk melihat dan menganalisa apakah program pembangunan yang sesuai dilaksanakan kepada para pekerja untuk memastikan para pekerja mendapat manfaat daripada program itu. Disamping itu, ia juga sebagai satu usaha untuk membangunkan kakitangan orgasisasi ke tahap yang lebih maju dari sebelum mengikuti program tersebut. Antara perubahan-perubahan yang boleh dilihat adalah seperti perubahan dari segi tingkahlaku, pengetahuan dan kemahiran pekerja.



            Disamping itu, ia juga berkemampuan untuk mengenalpasti apakah program-program yang bakal dilaksanakan benar-benar dapat membantu dan membawa perubahan kepada kakitangan organisasi. Ia juga dapat mengumpul maklumat mengenai tahap program yang benar-benar diperlukan mengikut pangkat atau jawatan yang disandang oleh kakitangan itu. Selain itu, sistem ELD menganalisa program semasa yang dijalankan adakah ia benar-benar berjaya atau sebaliknya. Ia dapat mengukur sejauh mana program itu dapat mencapai sasaran dan menepati matlamat latihan yang dilaksanakan seterusnya selari dengan objektif organisasi menjalankan program tersebut.

            

Selain itu, saya juga berpandangan bahawa dengan menganalisis program yang dijalankan, ia dapat membantu membaiki kelemahan terhadap program-program yang bakal dilaksanakan kelak. Program terkini akan menjadi panduan kepada program-program akan datang. Sebaliknya, program-program latihan yang telah dilaksanakan akan menjadi garis panduan dan rujukan kepada program terkini. Oleh sebab itu, program-programn yang dilaksanakan sebaiknya mempunyai kertas kerja atau dokumen bertulis yang lengkap merangkumi maklumat-maklumat tempat, perbelanjaan, perjalanan program, pengendali, jurulatih, pelatih dan sebagainya yang bersangkutan dengan program bermula dari peringkat awal perlaksanaan sehinggalah ke penutup program. Oleh sebab itu kebiasaannya, setiap program yang dilaksanakan oleh organisasi akan berakhir dengan peringkat penilaian oleh para peserta. Borang kaji selidik akan disediakan oleh pihak penganjur atau jurulatih untuk dijawab oleh peserta. Dokumen-dokumen ini seterusnya akan disimpan sebagai rujukan dan panduan untuk penambahbaikan untuk program akan datang. Disamping itu, borang penilaian juga digunakan sebagai pengukuran untuk menentukan kejayaan sesuatu program latihan. Ia boleh dinilai berdasarkan markah-markah yang diberikan oleh para peserta atau dengan melihat perubahan para peserta sebelum dan selepas menyertai program latihan tersebut.



            Pada pandangan saya juga, dengan sistem ELD yang bertindak untuk merancang dan memerhati latihan kakitangan organisasi, pembangunan kerjaya dan prestasi pekerja, ia akan membawa perubahan yang positif kepada para pekerja seterusnya berupanya meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan organisasi. Merancang latihan kepada kakitangan akan menyediakan mereka kepada persaingan semasa dalam industri yang menuntut kecekapan dan kemahiran yang bukan sedikit daripada kakitangan dan pekerja. Ia juga sebagai persediaan semasa dalam industri pekerjaan kini yang banyak bergelumang dengan teknologi dan pengendalian mesin-mesin pemprosesan terkini. Latihan yang berjaya akan meningkatkan kecekapan kemahiran, pengetahuan yang membawa kepada perubahan tingkahlaku pekerja kepada lebih produktif, bermotivasi serta meningkatkan kesetiaan kepada organisasi.



            Pada pendapat saya juga, sistem ELD dapat membawa kepada pembangunan kerjaya pekerja melalui kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi yang akan membuka peluang kepada kakitangan bawahan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan lebih kanan. Misalnya, organisasi melihat akan pencapaian, kesetiaan, kemahiran dan pengetahuan seseorang individu untuk meluluskan kenaikan pangkat ataupun untuk kenaikan gaji tahunannya. Pembangunan kerjaya bukan sahaja menguntungkan individu itu, malah akan mendatangkan kesan positif kepada organisasi. Ia juga akan meningkatkan kepuasan kerja di kalangan kakitangan. Kepuasan kerja yang tinggi akan meningkatkan tahap kesetiaan serta mengelakkan pusing ganti kerja yang tinggi. Pembangunan kerjaya yang tersusun dan terancang dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dan baru dalam diri kakitangan organisasi.



            Lebih dari itu, pada pendapat saya sistem ELD juga menganjur dan mencadangkan program latihan yang benar-benar sesuai dan berkualiti untuk para pekerja industri. Pengurus organisasi hanya memilih dan membuat pertimbangan berdasarkan keperluan semasa organisasi bagi memastikan pekerja mendapat latihan yang sangat diperlukan bagi menjamin kualiti produktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan organisasi. Sistem ELD juga melaksanakan penialaian prestasi secara berkala dengan mengambil kira tempoh-tempoh tertentu. Ini bagi memastikan tahap kesediaan pekerja sentiasa berada pada level yang cemerlang  dan dengan motivasi yang tinggi untuk bekerja.



            Pada pemerhatian saya di beberapa organisasi, penilaian prestasi secara berkala ini biasanya dilakukan setiap 6 bulan sekali, iaitu dua kali dalam setahun. Namun, ia adalah bergantung kepada setiap ketua bahagian masing-masing. Ada kalanya, penyelia akan membuat penilaian secara kerap seandainya mendapat aduan atau melihat prestasi yang kurang memberansangkan daripada pekerja bawahan mereka. Pemantauan dan penilaian lebih kerap dijalankan bagi mengurangkan permasalahan dan ketidakcemerlangan pekerja yang boleh menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja pekerja itu yang akan membawa kesan kepada organisasi dan jabatan kelak. Penilaian prestasi secara berkala akan memantau kualiti kerja pekerja supaya mencapai piawaian seperti yag dikehendaki dan yang telah ditetapkan oleh organisasi sebagai memelihara nama dan kepercayaan umum kepada organisasi.



            Melihat kepada komponen-komponen yang terdapat dalam sisitem ELD, pada pendapat saya ia merupakan satu komponen latihan dan pembangunan yang menyeluruh kerana melibatkan penyimpanan beberapa maklumat penting yang boleh dikeluarkan apabila dikehendaki. Komponen-komponen tersebut melibatkan maklumat peribadi pekerja seperti nama, umur, alamat dan jawatan di organisasi. Ia juga mengandungi maklumat sebelum latihan seperti latar belakang pendidikan, pencapaian prestasi serta KPI pekerja itu sendiri. Lain-lain komponen adalah penilaian program dan pemindahan latihan yang membantu dalam peningkatan dan pembangunan kerja pekerja.



            Oleh yang demikian, pada pendapat saya sistem ELD memberikan beberapa kelebihan kepada organisasi yang menggunakannya. Pertamanya, organisasi akan mendapat maklumat berkaitan latihan dan menggunakan maklumat itu untuk melibatkan para pekerjanya. Dengan maklumat yang lengkap, organisasi dapat membuat peruntukan yang bertepatan dengan latihan yang hendak dilaksanakan supaya latihan jangka panjag atau jangka pendek itu dilaksanakan mengikut keperluan semasa pekerja. Sistem ELD juga memberikan maklumat kepada para pekerja untuk membantu mereka membuat penilaian demi pembangunan diri dan kerjaya mereka. Pekerja mesti berdepan dengan suasana kerja semasa yang memerlukan kemahiran tertentu yang menjadi nadi kepada pekerjaan zaman kini seperti mempunyai kemahiran komputer.


            Pada pandangan saya, kemahiran dan kecekapan mengendalikan komputer dengan pelbagai perisian amat penting bagi seseorang pekerja untuk terus berdaya saing dalam alam pekerjaan yang kian mencabar. Semasa latihan, pekerja boleh mempelajari kamahiran-kemahiran komputer yang sesuai untuk dipraktikkan di tempat kerja. Mereka juga dapat mengenalpasti apakah latihan yang bersesuaian yang boleh mereka hadiri. 

Rujukan :
1. Denise Thursfield and John Hamblett,(2001), Mutuality, learning and change at work: the case of employee led development
2. Todd J. Maurer, Michael Lippstreu, (2006), who will be committed to an organization that provides support for employee development? Journal of Management Development, Vol. 27 No. 3, 2008.
 

No comments:

Post a Comment