Kesimpulan
Dalam persekitaran yang
semakin kompetitif, penggunaan HRIS adalah sangat penting untuk memastikan
perkhidmatan yang efektif dan efisien dapat ditawarkan oleh organisasi kepada
para pekerja, pencari kerja dan pengguna. Sistem komputer seperti data,
perisian, dan perkakasan dan sistem pengurusan seperti pekerja, peraturan,
prosedur dan dasar organisasi memerlukan perhatian yang sama rata dalam
pelaksanaan HRIS.
Dewasa kini, HRIS tidak hanya
terhad kepada penyimpanan maklumat dan data pekerja organisasi malah ia juga
turut digunakan dalam perancangan sgrategik. Perkembangan dalam bidang
teknologi maklumat kini akan meninggalkan kesan kepada HRIS dan lebih banyak
fungsi sumber manusia boleh dilaksanakan dengan menggunakan HRIS terutama dalam
bidang pekerjaan masa akan datang malah tidak mustahil juga dalam sistem
pendidikan.
No comments:
Post a Comment