KEARAH GLOBALISASI HRIS
Pelbagai
tafsiran telah dibuat berkenaan konsep globalisasi dan k-ekonomi
berdasarkan perspektif yang berbeza. Ishak Shari , 2000( Ishak
Shari, 2000 . Globalisasi Ekonomi :Proses Dan Realiti Norani Othman
& Sumit K. Mandal (pnyt.) Malaysia Menangani Globalisasi Persta Atau
Mangsa. Hlm 46-70, UKM Bangi )menyatakan
bahawa globalisasi merupakan suatu fenomena multidimensi yang
merangkumi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, ideology, budaya
dan sebagainya dan ia dianggap sebagai suatu proses perubahan penting
kepada bidang berkenaan. Masyarakat dan dunia kini terdedah kepada satu
proses transformasi yang besar dalam menangani proses pemantapan masa
dan ruang yang dipanggil proses transformasi. Selain melibatkan sector
ekonomi, bidang pengurusan juga tidak ketinggalan dari melalui
transformasi dan ini dapat dilihat dengan usaha yang telah diambil
sektor kerajaan dalam membangunkan sistem pengurusan sumber manusia
seperti HRMIS .Kebanyakan prosedur dan urusan berkaitan cuti, kemudahan
penjawat awam, kompetensi dan banyak lagi telah boleh dimuat turun oleh
semua penggunanya dengan melayari laman HRMIS yang berkenaan.
Dalam
era globalisasi, pengeluaran pelbagai komponen untuk sesuatu barang
dihasilkan dibanyak lokasi dan negara. Walaubagaimanapun, ia disepadukan
dalam satu rangkaian pengeluaran yang berhierarki dengan Multinasional
Companies (MNC) memainkan peranan yang besar. Negara maju pula menjadi
pusat operasi MNC dalam membangunkan globalisasi sesuatu negara itu
sendiri. Kegiatan yang dijalankan di ibu pejabat syarikat MNC dinegara
maju ialah pengurusan kewangan, penyelidikan serta pembangunan inovasi.
Negara kita juga telah mengambil langkah untuk memajukan sistem HRIS
dengan wujudnya HRMIS yang kini diaplikasikan secara meluas dalam sektor
awam negara.
Terdapat
empat model dalam transformasi dalam sistem pembangunan sumber manusia ,
yang pertama adalah multinational (multinasional), global ,
transnational (transnasional) dan yang terakhir international
(internasional). Empat model ini menjadi teras kepada proses
transformasi sistem pembangunan sumber manusia dan ia mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika dilihat multinasional lebih
menjurus kepada respon dan kehendak tempatan dan ia lebih diguna pakai
dalam industry perkhidmatan tetapi tiada kerjasama antara suatu cawangan
dengan yang lain. Model kedua adalah global yang mementingkan efisensi
pada tahap maksimum dan sering diprktikan dalam industri perkhidmatan
perisian tetapi ia tidak respon kepada kehendak tempatan. Yang ketiga
adalah internasional model yang menekankan kepada perkongsian maklumat
dan informasi dan dipraktikan dalam sector perbankan dan model terakhir
iaitu transnasional yang memaksimumkan perkongsian maklumat, idea,
informasi dan yang penting model ini seperti menggabungkan ketiga-tiga
model yang terdahulu.
Merujuk kepada pandangan yang dikemukakan oleh Beaman (2000)( Karen V. Beaman (2000) .On Globalizing HRIS : Moving to a transnational Solution pg 33-36
)(Global HRIS adalah satu sistem tunggal yang berpusat dan seragam
dalam melaksanakan HRIS, contohnya CIMB menggunakan sistem dari United
Kingdom. Bukan sahaja CIMB, terdapat lebih banyak organisasi yang
menggunakan khidmat vendor luar terutamanya berkaitan sistem atau
perisian komputer. Organisasi saya bekerja sekarang sebagai contoh telah
lama menggunakan khidmat vendor untuk sistem pembayaran dan pendaftaran
pesakit seperti Oracle dan Peoplesoft. Ini membantu organisasi kearah
era globalisasi dan memudahkan urusan harian di sesebuah organisasi
berkenaan. Bagaimanapun, sesebuah organisasi itu hendaklah membuat
perancangan dengan betul dan memilih model yang bersesuaian dengan
keperluan mereka. Ini kerana, berdasarkan pengalaman saya sendiri, jika
system yang digunakan dipelopori oleh vendor yang berpusat jauh diluar
Negara seperti Oracle and Peoplesoft, pengguna terpaksa menanggung
risiko dan beban jika sesuatu masalah timbul.Baru-baru ini, server kami
telah diserang virus dan kakitangan vendor yang ditugaskan di organisasi
kami tidak dapat mengatasi masalah ini. Sebagai akibatnya, kami
terpaksa menggunakan system manual seperti dahulu selama lebih kurang 5
hari sebelum kakitangan dari pihak ibu pejabat yang berada di luar
Negara tiba dan membantu menangani masalah ini.
Selain
empat model yang dinyatakan sebelum ini , terdapat tiga elemen dalam
sistem penyampain atau “system architecture” yang menjadi sokongan
kepada globalisasi HRIS . Yang pertama adalah “stand alone system”
,“data ware house model” dan yang terakhir adalah “single Integrated
Sytem model”. Standalone model sistem juga lebih dikenali sebagai data
independen dimana ia sering diamalkan oleh organisasi multinasional.
Data Warehouse model pula sering diamalkan oleh organisasi internasional
dimana data dikongsi bersama dan sistem yang digunakan adalah sama
contohnya Oracle dan Peoplesoft. Manakala bagi single intergrated system
model, organisasi yang mengamalkan sistem ini adalah yang menggunakan
model global dan transnasional.
Malaysia
kini menuju era globalisasi dengan pelbagai inisaitif yang dijalankan
termasuklah membangunkan koridor raya multimedia sebagai proses
trnasformasi kerajaan dan membantu rakyat untuk menjayakan misi dunia
tanpa sepadan. Dalam era globalisasi , negara-negara timur yang diberi
gelaran little dragon dan NIEs (Newly Industrialised Economies) semakin
memberi pesaingan sengit kepada pelabur tradisional seperti Jepun dan
negara-negara barat. Ini menunjukkan bahawa manfaat yang dibawa dalam
globalisasi telah membuka banyak peluan dan ruang untuk mempertingkatkan
dan memajukan lagi banyak pihak.
Rujukan :
Karen V. Beaman (2000) .On Globalizing HRIS : Moving to a transnational Solution pg 33-36
http://maradev.skali-mps.net/c/document_libarary
No comments:
Post a Comment