Sunday, 9 December 2012

1.3 Pengurusan Pengambilan & Pemilihan Dalam Web

Menguruskan Pengambilan & Pemilihan

           Pengambilan dan perjawatan menyediakan rangka kerja keseluruhan bagi proses perancangan, mengrekrut, memilih dan mengambil pekerja-pekerja. Matlamat pengambilan dan perjawatan adalah untuk mengenalpasti keupayaan, kebolehan dan multitasking yang benar-benar boleh membawa keuntungan kepada organisasi. Dapatan pekerja yang terbaik adalah terkesan dari proses pengambilan pekerja, strategi, polisi dan prosedur.






Paul Banfield, Rabecca Kay, Introduction To Human Resource Management, Oxford Universiti Press New Yrrk (2008).

      Pengambilan Sumber Manusia adalah proses mengenal pasti keperluan untuk pekerja baru dan kemudian, mencari, menemuramah, serta pengambilan pekerja yang sesuai. Pengambilan Sumber Manusia memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang wajar bagi memastikan bahawa calon pekerja yang dipilih benar-benar dapat memenuhi kehendak pasaran kerja dalam organisasi itu.


Pada peringkat pemilihan secara dalam talian, PDRM sangat teliti memilih calon yang sesuai untuk ke peringkat seterusnya sebelum disenarai pendekkan untuk ujian kecergasan dan latihan fizikal. Semasa pemilihan PDRM berhak untuk menolak atau menggugurkan calon yang tersenarai sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan oleh calon adalah palsu atau tidak benar.


IBM adalah salah satu contoh organisasi yang  mempunyai pelan tanpa kertas dalam talian 
pendaftaran untuk semua pekerja sama ada dari  luar dan dalam organisasi untuk menyertai 
latihan dan kursus –kursus yang dikendalikan.


Syarikat IBM misalnya menggunakan perisian penjejakan pekerja dan sistem maklumat sumber manusia. Syarikat IBM dan jabatan kerajaan kini mengetahui akan kepentingan teknologi baru, sistem maklumat sumber manusia, dan keselamatan data. Di PDRM sendiri telah ditubuhkan Jabatan Komunikasi Korporat untuk mengendalikan dan bertindak sebagai pakar perunding di dalam dan di luar organisasi PDRM mengenai isu-isu yang berkaitan dengan blog, laman web, permohonan pekerjaan dalam talian dan aplikasi media sosial yang lain. Idea utama adalah untuk mendidik, menyokong dan menggalakkan program-program yang menggunakan perisian ini agar lebih dekat dengan pengguna untuk mendekati PDRM. 

Rujukan :
1. Paul Banfield, Rabecca Kay, Introduction To Human Resource Management, Oxford Universiti Press New Yrrk (2008).
 

No comments:

Post a Comment