Pengurusan Prestasi
Pada
pendapat saya, penggunaan teknologi kini oleh organisasi sebagai satu alat untuk
mengukur dan membuat penilaian ke atas prestasi di kalangan pekerja industri
adalah sangat praktikal dan langkah yang bijak. Ini berikutan langkah-langkah
penilaian dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan pantas dengan adanya
kemudahan maklumat secara real time dan online.
Pengurusan terhadap penilaian prestasi yang cekap lagi berkesan berlandaskan
kepada satu sistem elektronik dapat memudahkan pengumpulan maklumat kepada
unit-unit pengurusan sumber manusia di semua jabatan dan aegnsi.
Pada pendapat saya juga, dengan
kuantiti pekerja industri yang besar dan pelbagai peringkat pengurusan dan
pelaksanaan, proses pengumpulan data secara manual adalah sudah tidak mencukupi
untuk membolehkan pengurusan sumber manusia dilaksanakan secara berkesan. Hal
ini menjadi sangat penting terutama kepada organisasi yang menyampaikan atau
mengiklankan perkhidmatan mereka kepada pelanggan bagi memudahkan transaksi perniagaan
dan juga perantara perkhidmatan di antara jabatan-jabatan dalam organisasi
tersebut.
Bagi saya melalui sistem pengurusan
sumber maklumat yang berkesan, ia bukan sahaja dapat mengautomasikan data-data
yang disimpan secara manual sebelum ini, bahkan ia bertindak sebagai pusat
maklumat atau bank yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi tahap
pembangunan pekerja industri. Ini kerana sistem maklumat adalah satu sistem
yang bersepadu, telah dimudahcarakan oleh teknologi yang menggabungkan amalan terbaik teknologi
sumber manusia. Oleh itu, dengan adanya sistem pegurusan sumber maklumat ini,
diharapkan ia dapat mewujudkan satu persekitaran kerja baru yang bercirikan
kepada kepantasan, ketulusan, kemampuan mengesan tindakan yang diambil, dan
kebolehpercayaan.
Saya juga merasakan sistem maklumat
sumber manusia harus tersedia dengan satu bentuk pengurusan sumber manusia
dengan lebih cekap dalam industri yang merangkumi semua aspek pembangunan sumber
manusia bermula dari tarikh seseorang pekerja itu melaporkan diri untuk bekerja
sehinggalah ke hari persaraannya.
Berdasarkan pengetahuan dan
pemahaman saya, melalui polisi dan prosedur sumber manusia yang seragam dan
maklumat sumber manusia yang bersepadu membolehkan proses-proses tertentu
dijalankan secara konsisten serta memudahkan penggunaan sistem ini yang dapat
membantu organisasi terutama peringkat pengurusan. Lebih dari itu, proses
penilaian dan pembangunan pekerja akan menjadi lebih kompeten dan terarah. Dari
segi penilaian terhadap kecekapan bekerja, ia dapat memperlihatkan pencapaian
terhadap target yang telah ditentukan, samada melalui peningkatan produktiviti
atau keputusan yang diperolehi di akhir perlaksanaan sesuatu tugasan.
Saya berpendapat, proses menguruskan
prestasi pekerja adalah berhubungan terus dengan matlamat dan misi utama
organisasi. Oleh itu, pekerja dan organisasi perlu menyetujui segala matlamat yang
ditetapkan oleh organisasi secara bersama untuk membolehkan tindakan-tindakan
ke arah matlamat itu berjaya dilaksanakan. Namun begitu, organisasi juga harus
melaksanakan beberapa program pembangunan dan memberikan latihan kepada
kakitangan agar segala kemahiran, tingkahlaku dan pengetahuan yang dikehendaki
sebagai pemangkin untuk kakitangan lebih produktif. Di samping itu, kemahiran dan pengetahuan yang
baru sangat berguna kepada kakitangan sebagai latihan jangka panjang dan
merupakan salah satu proses pembangunan untuk diri dan kerjaya mereka.
Pada pandangan saya juga, pengurus
sumber manusia harus bijak dalam melaksanakan program pembangunan latihan
seperti mengatur, merancang dan menganalisis bentuk-bentuk latihan yang
diperlukan oleh kakitangan. Malah,
bentuk-bentuk perancangan itu harus didokumentasikan dan dibuat secara bertulis
sebagai rujukan dan panduan pelaksanaan. Perancangan prestasi
kakitangan atau pekerja
melibatkan beberapa perkara penting seperti matlamat kerjaya dan perancangan
latihan kakitangan. Latihan yang diberi kepada kakitangan haruslah selari
dengan tugas dan keperluan mereka di tempat kerja. Ini termasuklah latihan
untuk meningkatkan motivasi, membina hubungan baik dengan rakan sekerja serta
meningkatkan kesedaran mengenai
tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Organisasi juga harus
menjalinkan hubungan yang baik bersama kakitangan dengan melaksanakan kebajikan
dan membuat pelaburan samada jangka panjang atau pelaburan jangka pendek untuk
menghasilkan kakitangan yang benar-benar berkualiti untuk pelaksanaan operasi
organisasi.
Menurut Journal Of Business
Management Vol.5 (15), Institut for Information Industri, Taiwan menyatakan
produktivit, motivasi dan kepuasan pegawai akan meningkat dengan adanya
peralatan dan kemudahan komputer yang lebih baik, pengurangan kerja yang
bertindih dan pengautomasian proses-proses kerja. Misalnya penyertaan kakitangan
dalam membuat keputusan atau peluang yang diberikan kepada mereka untuk mereka
membuat keputusan untuk melancarkan operasi organisasi. Ia akan menjadikan
kakitangan tersebut terus bermotivasi dan akan meningkatkan kesetiaannya kepada
organisasi dan secara automatik merasakan ia telah mendapat kepercayaan
organisasi sekaligus mewujudkan semangat bekerja dan menimbulkan dalam dirinya rasa
berkepentingan di organisasi itu.
Oleh yang demikian, pada pendapat
saya seterusnya, penyertaan kakitangan dalam membuat keputusan akan
meningkatkan prestasi sistem pengurusan organisasi kerana akan terdapat
pelbagai keputusan yang mungkin membawa kepada satu keputusan muktamad yang
terbaik. Ia kerana nilai-nilai keputusan itu diambil dari pelbagai lapisan
golongan kakitangan yang berpengetahuan mahupun mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang-bidang kerja mereka. Selain itu, mempunyai objektif yang spesifik
juga penting dalam sistem pengurusan prestasi. Kerana semua kakitangan akan
memahami dan mempunyai satu objektif yang sama dengan organisasi untuk dicapai.
Oleh itu, kakitangan dan organisasi dikatakan mempunyai hala tuju dan tujuan
yang sama untuk dikongsi bersama dalam mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan dan dipersetujui secara bersama. Sehubungan itu, sistem
maklumat sumber manusia yang dibangunkan oleh sesebuah organisasi akan membantu
menyelesaikan masalah ketidakseragaman terhadap penilaian prestasi pekerja.
Dengan adanya satu sistem yang seragam, ia akan memudahkan penilaian dibuat
sekaligus nilai-nilai terhadap penilaian tersebut menepati standard atau
pawaian tertentu oleh organisasi. Ia juga menjadi asas atau panduan kepada
penyelia untuk menilai kakitangan bawahan mereka.
Selain itu, penilaian prestasi dan
maklum balas akan diketahui secara segera kerana sistem maklumat ini dilengkapi
dengan ciri kesegeraan, semasa dan terkini. Sistem maklumat ini juga menjadi
salah satu sistem pengurusan yang penting sebagai monitor dan laluan standard
prestasi yang betul untuk diikuti. Ia juga dapat memberi maklum balas atau tindak
balas serta menjadi satu sistem kejurulatihan yang sangat berkesan samada
digunakan secara formal atau tidak formal. Pada pendapat saya juga, ia juga
digunakan sebagai pengurusan prestasi harian di mana pembangunan dapat dilaksanakan
melalui program kejurulatihan, latihan, cabaran atau tugasan yang dilaksanakan
oleh para kakitangan serta melaksanakan berubahan terhadap proses kerja kepada
corak kerja yang lebih terkini dan efektif.
Pada pendapat saya, pengurusan yang
baik adalah bergantung kepada pengurusan objektif yang baik. Apabila organisasi
mempunyai objektif yang baik yang memenuhi beberapa ciri tertentu seperti
objektif yang spesifik, kebolehcapaian atau munasabah sesuatu objektif itu
untuk dicapai, realistik, boleh diukur atau diperhatikan mahupun dirasakan
perubahannya serta mempunyai tempoh yang munasabah untuk dicapai. Ia
melambangkan organisasi itu mempunyai matlamat yang kukuh dan jitu untuk
dicapai. Lalu objektif itu akan dikongsi bersama-sama dengan kakitangan mereka.
Ia akan mengukuhkan kepercayaan kakitangan kepada organisasi kerana yakin
dengan hala tuju dan matlamat organisasi yang jelas.
Saya
juga berpendapat, beberapa perkara boleh diukur seperti tingkah laku. Ia
seperti melihat bagaimana kerja dapat dilaksanakan, tingkahlaku yang
diperlukan, dan bagaimana tingkahlaku dapat memberi sokongan terhadap
pencapaian dan budaya organisasi pada masa akan datang. Ia juga dapat melihat
pencapaian seperti pencapaian terhadap keberhasilan, pencapaian terhadap
pembandingan standard kerja yang diperlukan serta pencapaian terhadap matlamat
dan objektif organisasi itu.
Rujukan :
1. Journal Of Business Management Vol.5 (15)
2. M.A. Norhayati & A.K. Siti-Nabiha, A case study of the performance system in a Malaysian government linked company, Journal of Accounting & Organizational Change. Vol. 5 No. 2, 2009. pp. 243-276 Emerald Group Publishing Limited
Rujukan :
1. Journal Of Business Management Vol.5 (15)
2. M.A. Norhayati & A.K. Siti-Nabiha, A case study of the performance system in a Malaysian government linked company, Journal of Accounting & Organizational Change. Vol. 5 No. 2, 2009. pp. 243-276 Emerald Group Publishing Limited
2. 3. Herman Aguinis (2009), Performance Management Second Edition, Pearson International Edition
No comments:
Post a Comment